Sabtu, 9 April 2016

Apa Itu Saka

Saka adalah makhluk ghaib yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut ia juga dikenali sebagai jin, syaitan, khadam atau berbagai nama mengikut tempat atau keadaan seseorang .

Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu atau mengamalkan sesuatu yang membabitkan makhluk tersebut dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. Pada kebiasaannya perjanjian dimenterai antara pemakai dengan makluk tersebut.

Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, bungkus dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin.

Dari mana datangnya saka?
Peninggalan arwah dalam bentuk kebendaan atau harta di panggil pusaka tetapi peninggalan arwah dalam keadaan ghaib, ilmu atau kerohanian di panggil saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu atau pun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, atau pun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.

Ada juga kes saka ini mendampingi sesaorang kerana sesaorang itu mengamalkan sesuatu amalan. Umpamanya sesaorang itu mengamalkan membaca ayat-ayat tertentu, yang perlu dibaca setiap hari dengan bilangan tertentu untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan menjadi kuat, kebal dan sebagainya. Tanpa di sedari ayat-ayat yang dibaca sebenarnya memanggil dan memuja jin/khadam walaupun yang dibaca itu adalah sebahagian dari ayat-ayat quran. Khadam jenis ini digelar dengan gelaran khadam ayat.

Kesan dari pengaruh saka.
Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka tersebut bagi menyesatkan manusia.

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Situasi yang lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Pada kebiasaannya keadaan ini orang melayu mengelarnya mayat hidup .

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT. Samaada syirik jali (syirik nyata), syirik khafi (syirik halus) atau syirik khafi ul khafi (syirik halus lagi tersembunyi). Seperti yang kita sedia maklum, semua orang takut akan dosa syirik, Kerana dosa syirik ini ianya tidak diampunkan oleh Allah swt walau sebesar debu sekalipun. Dan lagi jika ibadat kita disertai dengan perkara syirik pasti ibadat kita akan ditolak oleh Allah Taala.

Bersabda Rasullullah saw, "Aku khuwatir akan umat ku akan syirik halus lagi tersembunyi, ia diibaratkan seperti seekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam di dalam malam yang gelap gelita".

Tiada ulasan: